Manusia memerlukan kemaafan

Setiap insan tidak akan pernah terlepas dari membuat kesilapan dalam hidupnya. Tak kira samada kesilapan itu kecil mahupun kesilapan yang besar. Samada kesilapan itu disengajakan ataupun tidak disengajakan. Kadangkala orang yang paling kita sayangi ataupun insan yang paling kita cintai mungkin berkali-kali menyakiti dan mengguris hati kita. Tetapi sebenarnya mereka bukannya bermaksud untuk melukai hati kita secara langsung.

Kita ini bukanlah manusia sempurna, kita juga tidak mampu untuk memenuhi kehendak dan kemahuan hati seseorang. Namun, kadangkala kemaafan yang dipinta itu tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya. Kerana perkataan "maaf" tidak akan bermakna lagi sekiranya ia diucapkan berulang kali. Tetapi, aku merasakan setiap insan berhak untuk menerima kemaafan. Jika aku tersilap bicara, sudikah dirimu memaafkan aku?

Manusia memerlukan kasih sayang

Aku memerlukan kasih sayang, begitu juga dengan kamu. Aku memerlukan belaian, begitu juga kamu. Kasih sayang membuat jiwaku berasa hangat dan terisi. Kasih sayang membuatkan aku lupa erti kesakitan.

Kamu, pernah melihat sejauh mana kasih sayang emak dan ayah kamu? Aku pernah melihat dari jauh, kasih sayang ibu dan ayah tiada bandingan. Oleh itu, jangan sesekali membelakangkan kasih sayang mereka. Meskipun kamu sudah menemukan kasih sayang yang diberikan oleh pasangan hidupmu nanti. Aku memerlukan kasih sayang, begitu juga kamu. Kerana dari kasih sayang juga, kita lahir ke dunia yang tidak selamanya ada.

Manusia memerlukan cinta

Setiap manusia memerlukan cinta. Aku juga memerlukan cinta. Aku pernah bercinta, aku juga pernah putus cinta. Aku pernah menyintai seseorang, dan aku juga pernah melepaskan seseorang yang aku cintai. Adakah dirimu juga begitu? Aku kecundang di dalam bercinta, bukan bermakna aku tidak punya cinta lagi. Cinta itu tetap ada, cuma di mana aku tidak tahu. Tapi aku sedar, cinta bukan hanya sekadar memiliki, ia juga adalah pengorbanan yang menuntut seribu kesabaran. Seseorang membuatkan kita lebih mencintai cinta. Tuhan tidak menciptakan cinta tanpa sebarang alasan. Kerana cinta adalah datang daripadaNya jua. Selamat mencari cinta wahai kamu dan aku, yang bergelar manusia.

Manusia memerlukan pedoman hidup

Ini adalah entri pertama aku. Aku adalah insan yang memerlukan pedoman hidup. Aku juga insan yang tak lelah untuk sentiasa belajar dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Kita serupa, kita cuma insan biasa. Semoga kehadiran entri ini akan dapat memberikan sesuatu yang bermakna di dalam hidup. Mudah-mudahan.