Manusia yang bersahaja

Aku, manusia yang memerlukan seseorang yang bersahaja, bukannya seorang yang luar biasa. Hanya seteguk cinta suci buatku, untukku mengharungi setiap detik hidup ini. Seandainya bisa dapat aku khabarkan kepada seantero dunia, engkau milikku. Malangnya, "rasa" yang terlarang ini tidak akan mungkin menjadi kenyataan dalam realiti hidupku.

Taufik Batisah & Rossa - Aku Bersahaja
Bisakah ku menggapai bintang yang bersalut indah,
Bisakah ku menebak masa cintakan tercipta,
Bisakah ku huraikan segala misteri dunia,
Bisakah ku mengucap cinta untuk selamanya

Manusia dan kekesalan


Setiap kali kita melakukan kesilapan, rentetan penyesalan tentunya ada. Mungkin kita tidak dapat mengundurkan semula waktu untuk tidak membuat kesilapan yang telah kita lakukan. Tetapi kita boleh mengambilnya sebagai iktibar untuk tidak melakukan kesilapan untuk kali yang kedua dan seterusnya. Kesilapan membuatkan kita matang dalam meniti usia dan ranjau yang berduri dan penuh dengan liku-liku kehidupan yang mencabar. Kita manusia hebat, kekesalan bukan sesuatu yang negatif. Bak kata Shila, Ning dan Jaclyn, BERIBU SESALAN.. :)


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Manusia yang Bernama Wanita

Hargailah wanita seadanya..


Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita

Kau buat ku gila
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh lirikan mata senyuman manisnya
Oh kau buat aku tergoda

Kesabaran Manusia

Manusia hanyalah insan biasa yang diberikan perasaan marah, kadang kala sabar yang diberikan Tuhan tidak tertanggung. Tetapi manusia juga diberikan akal untuk mengawal dan menguasai diri. Bertenang untuk 5 minit mungkin akan menyelamatkan suatu suasana yang bagaikan tidak boleh diselamatkan lagi. Bersabarlah selagi mampu..

Manusia dan Nafas Baru

Tahun Baru 2012 menjelma kini. Kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupanmu. Usah dikenang perkara yang menyedihkan hati kerana ia akan menambahkan luka, biarkan saja parutnya yang tertinggal. Mulakan Tahun Barumu dengan impian setinggi langit. Cekalkan dirimu menongkah arus dunia yang semakin mencabar. Kita manusia mempunyai kelebihan berbanding makhluk lain. Kitalah, manusia yang sebaik-baik diciptakan oleh Sangk Kuasa. Semangat Baru, harus berubah untuk menjadi lebih baik. Nafas Baru di Tahun Baru 2012, semoga terlaksana segala yang dicita.. Marilah, realitikan impianmu..dan impianku jua..

Manusia memerlukan rindu


Setiap manusia dikurniakan satu perasaan yang indah bila mencintai seseorang, rasa sakit bila tidak bertemu si dia yang dirindui. Rindu itu kadang kala menyeksakan, tetapi cukup bahagia untuk dikenang. Bila rindu berbalas, cinta suci yang disemai akan menjadi lebih mekar di jiwa.

Lirik Lagu Ombak Rindu – Hafiz/Adira (OST Ombak Rindu)



Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Manusia memerlukan ruang

Setiap manusia memerlukan ruang untuk dirinya sendiri. Kadang kala manusia memerlukan satu ruang terpencil untuk dirinya bermuhasabah diri. Ini adalah lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.