Kesabaran Manusia

Manusia hanyalah insan biasa yang diberikan perasaan marah, kadang kala sabar yang diberikan Tuhan tidak tertanggung. Tetapi manusia juga diberikan akal untuk mengawal dan menguasai diri. Bertenang untuk 5 minit mungkin akan menyelamatkan suatu suasana yang bagaikan tidak boleh diselamatkan lagi. Bersabarlah selagi mampu..

Manusia dan Nafas Baru

Tahun Baru 2012 menjelma kini. Kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupanmu. Usah dikenang perkara yang menyedihkan hati kerana ia akan menambahkan luka, biarkan saja parutnya yang tertinggal. Mulakan Tahun Barumu dengan impian setinggi langit. Cekalkan dirimu menongkah arus dunia yang semakin mencabar. Kita manusia mempunyai kelebihan berbanding makhluk lain. Kitalah, manusia yang sebaik-baik diciptakan oleh Sangk Kuasa. Semangat Baru, harus berubah untuk menjadi lebih baik. Nafas Baru di Tahun Baru 2012, semoga terlaksana segala yang dicita.. Marilah, realitikan impianmu..dan impianku jua..

Manusia memerlukan rindu


Setiap manusia dikurniakan satu perasaan yang indah bila mencintai seseorang, rasa sakit bila tidak bertemu si dia yang dirindui. Rindu itu kadang kala menyeksakan, tetapi cukup bahagia untuk dikenang. Bila rindu berbalas, cinta suci yang disemai akan menjadi lebih mekar di jiwa.

Lirik Lagu Ombak Rindu – Hafiz/Adira (OST Ombak Rindu)



Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Manusia memerlukan ruang

Setiap manusia memerlukan ruang untuk dirinya sendiri. Kadang kala manusia memerlukan satu ruang terpencil untuk dirinya bermuhasabah diri. Ini adalah lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

Manusia memerlukan perhatian...

Manusia memerlukan perhatian. Kadangkala aku juga memerlukan perhatian untuk fokus, untuk menyeimbangi diri. Mungkin kadang-kadang aku akan hilang begitu saja di alam maya, dan mungkin juga aku akan datang secara tiba-tiba menerpa blog-blog yang ada. Yang pasti, aku tetap masih di sini, masih bersama dengan duniaku sendiri.

Ingat, fokus itu sukar dicari, bila diri dan minda dikawal emosi. Jangan lupa memaafkan semua orang yang bersalah di sekeliling kita pada hari ini, ternyata fokus itu pasti menjelma tanpa dipinta. Aku dan kamu punya fokus yang berbeza, aku dan kamu ada misi yang berlainan, carilah fokus kamu, dan aku mencari fokus aku sendiri.. Semoga tumpuan dan perhatian akan membuahkan hasil yang menguntungkan..

Manusia memerlukan sahabat

Manusia memerlukan teman, tidak kiralah sebagai teman biasa ataupun teman istimewa. Manusia sememangnya diciptakan secara berpasangan. Manusia memerluka seseorang untuk menyokong dan memberi semangat kepada mereka.

Kadangkala, aku terasa amat sepi tanpa teman di sisi. Aku terasa sungguh kosong, jiwa seakan-akan mati. Kemunculan seseorang yang bernama sahabat sangat menggembirakan hati. Teman yang baik adalah yang menegur kelemahan dan sikap tidak baik kita dan bukannya sahabat yang sentiasa mengiyakan apa saja yang kita lakukan.

Sayangilah sahabat anda. Tanpa sahabat, dunia terasa hitam melekat, umpama malam tiada sinaran bintang dan bulan. Ada sahabat di kala senang, ada sahabat di kala susah, mungkin kau harus bijak memlih, teman yang sentiasa di sini, baik suka mahupun nestapa.

Manusia memerlukan kemaafan

Setiap insan tidak akan pernah terlepas dari membuat kesilapan dalam hidupnya. Tak kira samada kesilapan itu kecil mahupun kesilapan yang besar. Samada kesilapan itu disengajakan ataupun tidak disengajakan. Kadangkala orang yang paling kita sayangi ataupun insan yang paling kita cintai mungkin berkali-kali menyakiti dan mengguris hati kita. Tetapi sebenarnya mereka bukannya bermaksud untuk melukai hati kita secara langsung.

Kita ini bukanlah manusia sempurna, kita juga tidak mampu untuk memenuhi kehendak dan kemahuan hati seseorang. Namun, kadangkala kemaafan yang dipinta itu tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya. Kerana perkataan "maaf" tidak akan bermakna lagi sekiranya ia diucapkan berulang kali. Tetapi, aku merasakan setiap insan berhak untuk menerima kemaafan. Jika aku tersilap bicara, sudikah dirimu memaafkan aku?