Manusia memerlukan sahabat

Manusia memerlukan teman, tidak kiralah sebagai teman biasa ataupun teman istimewa. Manusia sememangnya diciptakan secara berpasangan. Manusia memerluka seseorang untuk menyokong dan memberi semangat kepada mereka.

Kadangkala, aku terasa amat sepi tanpa teman di sisi. Aku terasa sungguh kosong, jiwa seakan-akan mati. Kemunculan seseorang yang bernama sahabat sangat menggembirakan hati. Teman yang baik adalah yang menegur kelemahan dan sikap tidak baik kita dan bukannya sahabat yang sentiasa mengiyakan apa saja yang kita lakukan.

Sayangilah sahabat anda. Tanpa sahabat, dunia terasa hitam melekat, umpama malam tiada sinaran bintang dan bulan. Ada sahabat di kala senang, ada sahabat di kala susah, mungkin kau harus bijak memlih, teman yang sentiasa di sini, baik suka mahupun nestapa.

2 comments:

  1. yeah sayangilah mereka..hidup ini lebih ceria..

    ReplyDelete
  2. Betul tu..semoga persahabatan berkekalan. :)

    ReplyDelete